Tuesday, July 10, 2012

Booth jualan sempena program Jelajah Janji Ditepati

Salam sejahtera..
Minggu ini saya update sedikit berita mengenai Hexagon Green dengan berkongsi sedikit sebanyak penglibatan kami dalam booth jualan sempena program Jelajah Janji Ditepati yang diadakan pada 8 Julai yang lalu bertempat di dataran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Bangi.

Sebenarnya sebelum ini kami telah banyak terlibat dengan beberapa siri pameran dan jualan seperti BioMalaysia, SMIDEX, MAHA dan MyAgro. Namun begitu, jualan kali ini adalah paling menarik kerana kami berpeluang untuk memasarkan produk Hexagon Green kepada pengunjung awam yang kira kira seramai 3000 orang, satu peluang pemasaran yang cukup baik.

Ramai yang mendapat manfaat terutamanya yang belum mengenali apa itu kultur tisu, apa beza dengan teknik konvensional, fakta mengenai orkid hibrid, vanilla dan gaharu. Kira kira 100 orang telah berkunjung ke booth jualan kami sepanjang hari. Kebanyakan mereka kelihatan ceria kerana ramai di antaranya yang belum mengenali bagaimana rupa orkid, pisang berangan, vanilla, nenas dan gaharu yang dihasilkan melalui kultur tisu. Ada juga yang berminat mempelajari cara kultur tisu untuk diaplikasikan pada benih tanaman sendiri.

Jualan sepanjang hari mencecah RM 322. Antara produk yang laris terjual adalah anak pokok nenas, vanilla, pisang  dan Alocasia (sejenis keladi). Kami berpuas hati dengan hasil jualan walaupun tidak mencapai target asal. Banyak yang kami pelajari terutamanya cara cara bagaimana nak menarik minat orang ramai untuk menanam orkid dan menggunakan benih kultur tisu berbanding benih biasa. Diharapkan input input yang kami peroleh ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan jualan produk pada sesi pameran akan datang..

Di bawah adalah sebahagian gambar gambar yang sempat diambil sepanjang program.



No comments:

Post a Comment