BioMalaysia adalah platform terbaik bagi usahawan bumiputera memasarkan produk mereka baik di dalam dan luar negara. Di sini, masing masing berkongsi produk, servis dan penemuan serta penyelidikan baru yang dijalankan bagi mencari kerjasama perniagaan dan peluang baru untuk mengembangkan bisnes sedia ada
Hexagon green biotech sdn bhd telah menerima kunjungan ramai pelabur dan usahawan asing terutamanya dari eropah dan jepun..ramai yg bertanya bagaimana untuk memulakan bisnes orkid dan tidak kurang juga yang ingin mengetahui tentang tisu kultur orkid. kami juga sempat melakukan demonstrasi produk inovatif kami iaitu STARTER KIT ORKID kepada seorang pelabur dari jepun dan mendapat respon yang baik.
STARTER KIT ORKID yang baru kami lancarkan juga memenangi tempat kedua dalam BioInnovation Awards biomalaysia 2011. Ini membuktikan produk kami setanding dengan produk antarabangsa lain dan mempunyai nilai komersial tersendiri.
Dr. yusof, pengarah hexagon green biotech sdn bhd sedang mempromosikan produk kami, starter kit orkid dalam bioinnovation award sempena BioMalaysia 2011
sijil anugerah dan plak hadiah tempat ke-2 dalam BioInnovation Awards
Syukur Alhamdulilah kerana kami berjaya memperoleh jualan mencecah RM1000 sepanjang pameran . Misi kami selepas ini adalah memperkenalkan industri orkid melalui kultur tisu dengan lebih meluas kepada penggemar orkid terutamanya di Malaysia dan juga luar negara.
No comments:
Post a Comment