BANTING, 18 Februari - Hexagon Green Sdn Bhd telah menerima kunjungan seramai 36 orang pelajar dari Pusat Asasi Sains Pertanian UPM yang bertujuan untuk mendapatkan sedikit penerangan dan melihat sendiri hasil usaha penanaman orkid salah seorang pensyarah UPM yang telah bersara, iaitu Dr.yusof Husin serta isteri, Dr.Norani.
Dengan diiringi pegawai pengiring, Dr. Jamal Talib, sesi lawatan dimulakan dengan penerangan berkaitan syarikat Hexagon Green, produk yg dihasilkan serta beberapa maklumat mengenai orkid yang dikongsikan oleh pengarah syarikat, Dr. Yusof Husin. Kelihatan semua pelajar mendengar dengan penuh minat dan ada di antaranya mencatat beberapa isi penyampaian untuk dijadikan rujukan. Setelah itu, mereka dibawa melawat ke tapak penanaman orkid yang diketuai oleh Dr. Yusof sendiri dengan dibantu oleh beberapa staf yang lain.
Selesai sesi melawat tapak, Dr. Yusof memberikan kata kata nasihat serta berkongsi cabaran dan susah payah yang telah ditempuh sepanjang bergelar usahawan orkid. Beliau mengingatkan pelajar supaya mencari potensi diri dan meneroka bidang baru dalam keusahawanan. Pelajar tidak lagi boleh duduk senang dengan keadaan sekarang tapi sebaliknya berusaha keras untuk kejayaan. Selain itu, beberapa pelajar diberi kesempatan untuk berkongsi mengenai hasil lawatan ini. Sebelum berakhir sesi lawatan, pihak syarikat membuka booth jualan jambangan bunga yang mendapat sambuatan menggalakkan dengan harga rm5 sejambak.
Sebelum berangkat pulang, beberapa foto sempat diambil untuk dijadikan kenangan bersama. Diharap sesi lawatan sebegini dapat diteruskan dalam usaha Hexagon Green menanam minat kepada masyarakat luar untuk mengembangkan potensi industri orkid negara.
No comments:
Post a Comment